Monday 5 December 2011

MENGGAMBAR 1 (CAPAN)

Bidang                 : Menggambar
Tajuk                    : Hiawan/ Serangga
Aktiviti                 : Capan
Alat Dan Bahan    : Kertas Lukisan, Warna air, Putik kapas.
Penerangan           : Murid diminta menghasilkan gambar melalui proses titikan putik kapas.



Apakah itu CAPAN?
Teknik Capan boleh digolongankan di bawah cetakan. Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air/ poster) dan dicatkan di atas satu permukaan. Capan boleh dihasilkan dengan pelbagai rupabentuk dengan menggunakan jenis bahan. Contoh : Capan bahan buangan, capan alam semulajadi (cengkerang)  
Capan adalah teknik mengecap dengan bahan alam atau semula jadi yang mempunyai jalinan tertentu. Capan adalah berbeza dengan cetakan kerana tidak perlu disediakan blok cetakan. Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan di permukaan bahan semula jadi atau bahan alam tersebut. Contohnya, Cap jari menghasilkan kesan yang sama dengan jalinan yang ada pada jari.

Teknik capan yang menggunakan putik kapas memerlukan kesabaran.







Jarak capan tidak boleh terlalu rapat atau jauh sangat supaya kelihatan gambar yang dihasilkan cantik.

No comments:

Post a Comment