Saturday, 10 December 2011

MENGGAMBAR 15 (POSTER)

Bidang                 :  Menggambar
Tajuk                    : Sains dan Teknologi Penjana Wawasan Negara
Aktiviti                 : Poster
Alat Dan Bahan    : Kertas Lukisan,   Warna Poster.
Penerangan           : Murid diminta menghasilkan poster berdasarkan tajuk yang diberi.


 
Apakah itu POSTER?         
            Poster merupakan satu bentuk seni komunikasi perhubungan dan pengiklanan. Ia berfungsi sebagai pengumuman, pemberitahuan dan pengiklanan. Poster  harus dapat menarik perhatian orang ramai serta menyampaikan mesej dengan jelas, cepat dan berkesan.
            Poster boleh dipersembahkan melalui 2 cara :
i)                    Menggunakan muka taip (huruf) sahaja
Mukataip dijadikan subjek utama untuk menyampaikan maksud poster. Ada yang bersifat ringkas dan jelas dan ada juga jenis yang lebih simbolik. Jenis mukataip yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan tema poster tersebut.
ii)                  Menggunakan muka taip bersama ilustrasi dalam bentuk lukisan, gambar atau foto.
Poster jenis ini lebih menarik dan berkesan. Sekiranya maklumat yang disampaikan melalui mukataip tidak dapat disampai dengan jelas mungkin atas faktor bahasa (yang kurang difahami kerana berlainan bangsa) atau usia (yang belum mampu boleh membaca atau terlalu tua untuk membaca) dan sebagainya. Dengan itu, penggunaan ilustrasi adalah yang paling sesuai untuk menyampaikan mesej poster. Ilustrasi hendaklah bersesuaian dan memenuhi sekurang-kurangnya 70% daripada saiz poster, berbanding mukataip poster jenis ini.

Tulisan poster dalam huruf besar dan huruf kecil.


Warna dalam poster terang dan menarik.

No comments:

Post a Comment