Saturday, 3 December 2011

MENCORAK DAN MEMBUAT REKAAN 7(BASAH RENYUK)

Bidang                 : Mencorak dan Membuat Rekaan
Tajuk                    : Pembalut Hadiah
Aktiviti                 :Basah Renyuk
Alat Dan Bahan    : Kertas Lukisan, Berus, Warna Poster, Span.
Penerangan           : Murid diminta menghasilkan coraktak terancang menggunakan teknik basah renyuk.



Tiga langkah kerja yang senang dan ringkas dapat menghasilkan corak tak terancang yang cantik.





Tiga hingga empat jenis warna digunakan sahaja.

MENCORAK DAN MEMBUAT REKAAN 6(KOLAJ)

Bidang                 : Mencorak dan Membuat Rekaan
Tajuk                    : Pembalut Hadiah
Aktiviti                 :Gunting dan Tampalan Bentuk Geometri
Alat Dan Bahan    : Kertas Lukisan,Gunting, Gam, Kertas Warna.
Penerangan           : Murid diminta menghasilkan corak tak terancang dengan menggunakan bentuk-
                                bentuk geometri.


Apakah itu KOLAJ?
Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam , tampal sesuatu bahan ke atas suatu permukaan. Ia merupakan satu hasil kerja seni mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau cetakan majalah disusun dan ditindih. Teknik mencantum potongan gambar menjadi satu komposisi. Berbagai jenis bahan dilekat di satu pemukaan khas disebut kolaj. Ia adalah satu komposisi daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media.
Kolaj bermakna menghasilkan satu  komposisi artistic daripada  imej atau gambar yang berlainan, latar belakang yang berlainan dan daripada berbagai warna dan corak. Ia adalah satu teknik menggambar di mana foto,keratin akhbar atau mana-mana bahan berbentuk 2D dolekat dan disatukan  di atas permukaan.
Teknik di mana imej bergambar atau corak berjalinan dihasilkan secara  “superimpose” di antara satu sama lain.  Kolaj ialah satu hasil kepingan seni dibuat dengan menggam berbagai elemen. Satu susunan objek dan bahan diatas dilekat di atas suatu permukaan supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu.
Dua langkah yang senang tetapi boleh menghasilkan susunan corak yang berlainan.



Hasil kerja akan berlainan dengan bentuk dan susunan yang berlainan.

MENCORAK DAN MEMBUAT REKAAN 5 (BASAH ATAS BASAH)

Bidang                 : Mencorak dan Membuat Rekaan
Tajuk                    : Pembalut Buku
Aktiviti                 :Basah Atas Basah
Alat Dan Bahan    : Kertas Lukisan, Berus, Warna Air, Span.
Penerangan           : Murid diminta menghasilkan corak tak terancang dengan teknik basah atas basah.


Tiga langkah senang yang dapat menghasilkan pembalut buku mengikut idea sendiri.



Hasil corak yang berwarna-warni.

MENCORAK DAN MEMBUAT REKAAN 4(CORAK TAK TERANCANG-HIASAN DINDING)

Bidang                 : Mencorak dan Membuat Rekaan
Tajuk                    : Hiasan Dinding
Aktiviti                 : Corak Tak Terancang
Alat Dan Bahan    : Kertas Lukisan,Warna Poster.
Penerangan           : Guru mengajar murid diminta menghasilkan corak tak terancang menggunakan
                                teknik imbangan semetri.


Empat langkah menghasilkan hiasan dinding corak tak terancang.
Hasil kerja yang berbentuk rama-rama.

MENCORAK DAN MEMBUAT REKAAN 3(CORAK TAK TERANCANG-PEMBALUT HADIAH)

Bidang                 : Mencorak dan Membuat Rekaan
Tajuk                    :Pembalut Hadiah
Aktiviti                 : CorakTak Terancang
Alat Dan Bahan    : Kertas Lukisan, Guli, Sudu, Dulang, Kad Manila.
Penerangan           : Murid diminta menghasilkan corak tak terancang dengan menggunakan guli.


Empat langkah yang senang akan dapat menghasilkan corak tak terancang yang cantik.
Hasil kerja yang special dan cantik.

MENCORAK DAN MEMBUAT REKAAN 2(CORAK JALINAN)

Bidang                 : Mencorak dan Membuat Rekaan
Tajuk                    : Pembalut Hadiah
Aktiviti                 : Corak Jalinan
Alat Dan Bahan    : Kertas Lukisan, Gelang getah, Oil Pastel.
Penerangan           : Murid diminta menghasilkan corak daripada kesan jalinan garis lurus atau garis
                                bengkok.


Tiga langkah senang yang dapat menghasilkan Corak Jalinan.

Corak jalinan garis lurus atau bengkok sesuai dijadikan pembalut hadiah.

MENCORAK DAN MEMBUAT REKAAN 1(CORAK BUIH WARNA)

Bidang                 : Mencorak dan Membuat Rekaan
Tajuk                    : Corak Hiasan Bunga
Aktiviti                 : Corak Buih Warna
Alat Dan Bahan    : Kertas Lukisan, Cecair Sabun, Penyedut Minuman, Mangkuk Plastik, Berus,
                               Cat Air Tempera.
Penerangan           : Murid diminta menghasilkan corak kuntuman bunga daripada buih warna.


Gambar berikut menunjukkan 5 langkah membuat Corak Hiasan Bunga.

Cantik betul corak bunga ini.

Monday, 28 November 2011

Kemahiran Seni Membentuk Dengan Tanah Liat

             Terbaru, tanah liat menjadi kegilaan penggemar kraftangan. Di Thailand, Taiwan dan Jepun seni kraftangan ini semakin berkembang dan mendapat permintaan tinggi. Tanah liat yang dimaksudkan bukan lagi tanah liat jenis lama yang digunakan untuk perhiasan tembikar yang memerlukan ia dibakar di dalam ketuhar atau pembakar. Sebaliknya, tanah liat jenis baru ini dikeringkan menggunakan pelbagai cara lain seperti jemuran matahari atau terdedah kepada suhu biasa bilik atau dikeringkan dengan bantuan air.
            Katanya, kraftangan menggunakan tanah liat lebih mudah , cepat dan murah serta boleh dikuasai sesiapa saja termasuk kanak-kanak. Sebab itu, saya memilih tanah liat  tersebut mengajar murid di sekolah membuat tanah liat bentuk binatang. “Air dry clay” mempunyai warna cantik dan hanya perlukan suhu bilik untuk mengeras. 

Murid-murid sungguh gemar kemahiran seni ini. Kelab Seni Sekolah telah mengadakan satu aktiviti mengajar murid-murid dan guru-guru seni membuat tanah liat dalam bentuk binatang. Guru-guru seni dan murid-murid seronok belajar membentuk muka arnab dengan kreativiti sendiri.  

Pameran memperkenalkan tanah liat.
Hasil pemandangan di tepi pantai yang dibentuk daripada tanah liat.

Bentuk binatang yang dibentuk daripada tanah liat.

Murid-murid menumpuhkan perhatian membentuk muka arnab dengan idea masing-masing.


Eh, apakah langkah seterusnya?

Murid lelaki juga dapat membentuk muka arnab yang comel dengan gembira.

Ini muka arnab siapa?

Ini muka arnab Cikgu Chew.

Cikgu Chew berbangga dengan hasil kerjanya.



Amboi, misai muka arnab yang panjang!


Idea  murid yang berbeza dan kreatif.



Wah, cantik betul muka arnab ini yang bergigi besar!

Cikgu-cikgu bersama-sama belajar kratangan ini.



Cikgu-cikgu dan murid-murid bersama-sama main sambil belajar kraftangan tanah liat.

Seni Lipatan Origami Kertas Dalam Video


Origami merupakan satu seni atau teknik lipatan samaada dengan menggunakan kain ataupun kertas. Ia merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus pada pandangan. Origami merupakan sebuah seni lipatan kertas yang boleh menghasilkan objek-objek yang menarik seperti angsa, burung, meja, kotak, bunga dan seumpamanya. Ia merupakan salah satu kemahiran yang diajar semasa mata pelajaran seni. Berikut merupakan rakaman yang telah saya buat semasa kemahiran lipatan Origami diajar semasa waktu seni dijalankan.

 Berikut merupakan rakaman murid-murid membuat  origami  angsa, katak ,muka hantu, meja dan burung gagak.