Monday 28 November 2011

Kemahiran Seni Membentuk Dengan Tanah Liat

             Terbaru, tanah liat menjadi kegilaan penggemar kraftangan. Di Thailand, Taiwan dan Jepun seni kraftangan ini semakin berkembang dan mendapat permintaan tinggi. Tanah liat yang dimaksudkan bukan lagi tanah liat jenis lama yang digunakan untuk perhiasan tembikar yang memerlukan ia dibakar di dalam ketuhar atau pembakar. Sebaliknya, tanah liat jenis baru ini dikeringkan menggunakan pelbagai cara lain seperti jemuran matahari atau terdedah kepada suhu biasa bilik atau dikeringkan dengan bantuan air.
            Katanya, kraftangan menggunakan tanah liat lebih mudah , cepat dan murah serta boleh dikuasai sesiapa saja termasuk kanak-kanak. Sebab itu, saya memilih tanah liat  tersebut mengajar murid di sekolah membuat tanah liat bentuk binatang. “Air dry clay” mempunyai warna cantik dan hanya perlukan suhu bilik untuk mengeras. 

Murid-murid sungguh gemar kemahiran seni ini. Kelab Seni Sekolah telah mengadakan satu aktiviti mengajar murid-murid dan guru-guru seni membuat tanah liat dalam bentuk binatang. Guru-guru seni dan murid-murid seronok belajar membentuk muka arnab dengan kreativiti sendiri.  

Pameran memperkenalkan tanah liat.
Hasil pemandangan di tepi pantai yang dibentuk daripada tanah liat.

Bentuk binatang yang dibentuk daripada tanah liat.

Murid-murid menumpuhkan perhatian membentuk muka arnab dengan idea masing-masing.


Eh, apakah langkah seterusnya?

Murid lelaki juga dapat membentuk muka arnab yang comel dengan gembira.

Ini muka arnab siapa?

Ini muka arnab Cikgu Chew.

Cikgu Chew berbangga dengan hasil kerjanya.



Amboi, misai muka arnab yang panjang!


Idea  murid yang berbeza dan kreatif.



Wah, cantik betul muka arnab ini yang bergigi besar!

Cikgu-cikgu bersama-sama belajar kratangan ini.



Cikgu-cikgu dan murid-murid bersama-sama main sambil belajar kraftangan tanah liat.

No comments:

Post a Comment