Sunday, 4 December 2011

MENCORAK DAN MEMBUAT REKAAN 13 (KOLAJ)

Bidang                 :  Mencorak dan Membuat Rekaan
Tajuk                    : Hiasan Dinding
Aktiviti                 : Lipatan Dan Guntingan
Alat Dan Bahan    : Kertas Lukisan, Kertas Warna, Gunting, Gam.
Penerangan           : Murid menghasilkan corak hiasan dinding daripada tampalan kertas warna yang
                                digunting dengan pelbagai corak.


Apakah itu KOLAJ?
Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam , tampal sesuatu bahan ke atas suatu permukaan. Ia merupakan satu hasil kerja seni mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau cetakan majalah disusun dan ditindih. Teknik mencantum potongan gambar menjadi satu komposisi. Berbagai jenis bahan dilekat di satu pemukaan khas disebut kolaj. Ia adalah satu komposisi daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media.
Kolaj bermakna menghasilkan satu  komposisi artistic daripada  imej atau gambar yang berlainan, latar belakang yang berlainan dan daripada berbagai warna dan corak. Ia adalah satu teknik menggambar di mana foto,keratin akhbar atau mana-mana bahan berbentuk 2D dolekat dan disatukan  di atas permukaan.
Teknik di mana imej bergambar atau corak berjalinan dihasilkan secara  “superimpose” di antara satu sama lain.  Kolaj ialah satu hasil kepingan seni dibuat dengan menggam berbagai elemen. Satu susunan objek dan bahan diatas dilekat di atas suatu permukaan supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu.
Semasa melakukan langkah 2, murid bebas dengan idea sendiri.


Corak hiasan yang kreatif dan cantik .

No comments:

Post a Comment