Sunday, 4 December 2011

MENCORAK DAN MEMBUAT REKAAN 10 (RESIS)

Bidang                 : Mencorak dan Membuat Rekaan
Tajuk                    : Corak Berpusat
Aktiviti                 :Resis
Alat Dan Bahan    : Kertas Lukisan, Berus, Warna Pastel,Cat Air.
Penerangan           : Murid diminta menghasilkan corak berpusat pelbagai bentuk dengan teknik resis.



Apakah itu RESIS?
                Resis merupakan satu aktiviti mengambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Lilin digunakan untuk menutupkan kawasan permukaan kertas atau kain. Dalam buku Glosari Seni Lukis, resis didefinasi sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan.
Resis dengan cara menolak warna basah atau cat basah yang disapu ke atas permukaan kertas yang disapu lilin. Lilin digunakan oleh pelukis sebagai penghadang untuk melindungi warna asal atau warna asli sesuatu permukaan daripada terkena warna baru.
Teknik menggunakan lilin, krayon lilin bertindak sebagai alat untuk membuat garisan atau lakaran di atas kertas dan diwarnakan permukaannya. Teknik resis menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal. Resisi boleh juga dijalankan dengan cara menggunakan tindihan-tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap.

Corak berpusat menunjukkan budaya kesenian.



Corak yang berwarna-warni mempunyai budaya seni yang menarik.

No comments:

Post a Comment