Friday, 9 December 2011

MENGGAMBAR 13 (KOLAJ)

Bidang                 :  Menggambar
Tajuk                    : Haiwan
Aktiviti                 :Koyakan dan Tampalan
Alat Dan Bahan    : Kertas Lukisan,  Kertas Warna. Gam
Penerangan           : Murid diminta menghasilkan gambar dengan cara koyakan dan tampalan .


Apakah itu KOLAJ?
Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam , tampal sesuatu bahan ke atas suatu permukaan. Ia merupakan satu hasil kerja seni mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau cetakan majalah disusun dan ditindih. Teknik mencantum potongan gambar menjadi satu komposisi. Berbagai jenis bahan dilekat di satu pemukaan khas disebut kolaj. Ia adalah satu komposisi daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media.
Kolaj bermakna menghasilkan satu  komposisi artistic daripada  imej atau gambar yang berlainan, latar belakang yang berlainan dan daripada berbagai warna dan corak. Ia adalah satu teknik menggambar di mana foto,keratin akhbar atau mana-mana bahan berbentuk 2D dolekat dan disatukan  di atas permukaan.
Teknik di mana imej bergambar atau corak berjalinan dihasilkan secara  “superimpose” di antara satu sama lain.  Kolaj ialah satu hasil kepingan seni dibuat dengan menggam berbagai elemen. Satu susunan objek dan bahan diatas dilekat di atas suatu permukaan supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu.

Hasil kerja ini memerlukan teknik lakar, koyak dan tampal.


Teknik tampal memerlukan kesabaran.

No comments:

Post a Comment