Sunday 4 December 2011

MENCORAK DAN MEMBUAT REKAAN 11 (CETAKAN)

Bidang                 : Mencorak dan Membuat Rekaan
Tajuk                    : Pembalut Hadiah
Aktiviti                 :Cetakan
Alat Dan Bahan    : Kertas Lukisan, Berus, Cat Air, Pisau.
Penerangan           : Murid diminta menghasilkan corak terancang dengan teknik cetakan.


Apakah itu CETAKAN?
Cetakan merupakan satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakeat ke atas satu permukaan . Seseorang pelukis biasanyaakan menentukan beberapa banyak catakan yang hendak dihasilkan dalam sesuatu edisi. Proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain. Proses di mana satu hasil kerja seni dicipta dalam beberapa kuantiti. Imej atau gambar yang dihasilkan dengan menggunakan acuan plat di atas permukaan rata. Proses ini menggunakan acuan cetakan untuk menghasilkan satu atau beberapa siri cetakan daripadan satu permukaan blok kepada permukaan lain iaitu kertas atau kain. Proses menggambar atau mencorak yang dilakukan dengan cara memotong, mengguris di atas permukaan plat dan menggunakan dakwat. Cetakan bererti mengecap corak atau gambar yang sama dengan menggunakan alatan dan tertentu kertas.

Langkah yang menggunakan pisau hendaklah berhati-hati.



Cetakan yang kemas mewujudkan corak terancang.

No comments:

Post a Comment