Friday, 9 December 2011

MENGGAMBAR 14(GOSOKAN)

Bidang                 :  Menggambar
Tajuk                    : Gubahan Bunga
Aktiviti                 :Gosokan
Alat Dan Bahan    : Kertas Lukisan,  Krayon atau Pensel Warna.
Penerangan           : Murid diminta menghasilkan gambar gubahan bunga dengan menggosok warna di
                               atas permukaan yang kasar bagi meninggalkan kesan yang menarik.


Apakah itu GOSOKAN?
Gosokan merupakan proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan. Ia adalah proses penerokan murid mula menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. Ia merupakan cara paling mudah dan terbaik untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan.
Apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan di antara satu sama lain, maka gosokan akan terhasil. Hasil catakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kerta yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan. 
Gosokan adalah satu representasi yang mengandungi salinan dibuat dengan meletakkan sekeping kertas di atas sesuatu permukaan dengan menggosok menggunakan bahan tertentu dan dianggap satu eksplorasi permukaan supaya sapat mengembangkan pemahaman dalam penggunaan jalina dan ton.
Menurut Sukatan Pelajaran KBSR, kegiatan gosokan menjadi salah satu cadangan aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam bidang menggambar. Ia menjadi salah satu cara yang kreatif untuk mempersembahkan suatu hasil kerja seni. Gosokan dapat memperkembangkan seria lihat terhadap persekitaran dan boleh menghasilkan pelbagai perasaan seperti gembira, suka, minat selesa dan sebagainya. Apabila kita mengapikasikan aktiviti gosokan dalam aktiviti seni, tak secara langsung akan peka terhadap setiap permukaan yang terdapat di persekitaran.
Kita boleh mengetahui bahawa setiap permukaan yang berlainan boleh menghasilkan berbagai corak yang menarik. Pengajaran dan pembelajaran di kelas tidak akan menjadi bosan dan dapat menarik minat murid-murid dalam penerokaan sesuatu permukaan. Walaupun terdapat beberapa permukaan jalinan yang sama antara satu sama lain tetapi apabila dihasilkan secara gosokan akan menghasilkan corak permukaan yang berlainan. Biasanya permukaan yang mempunyai jalinan yang kasar dan rapat akan menghasilkan ton yang lebih gelap berbanding permukaan yang mempunyai jalinan yang jarang dan nipis.

Permukaan kasar yang berbeza meghasilkan gosokan yang cantik.


Gosokan permukaan kasar meninggalkan kesan yang menarik.

No comments:

Post a Comment