Wednesday, 7 December 2011

MENGGAMBAR 11(CATAN)

Bidang                 :  Menggambar
Tajuk                    : Arnab
Aktiviti                 :Catan
Alat Dan Bahan    : Kertas Lukisan,  Warna pastel.
Penerangan           : Murid diminta menghasilkan gambar berdasarkan tajuk.


 Apakah itu CATAN?
Catan merupakan proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata. Ia mewakili gambaran pemikiran atau rakaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak. Catan dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus. Lukisan grafik mengandungi komposisi artistic dihasilkan dengan mengaplikasikan warna ke atas permukaan. Ia merupakan satu ciptaan gambar yang berwarna atau latihan mengaplikasikan pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan dinding. Catan merupakan satu hasil kerja estetik dicipta dengan mengaplikasikanwarna basah ke atas permukaan 2D.  Biasanya taknik ini menyapu warna basah dengan berus atau alatan lain.  Catan adalah satu hasil karya seni mempunyai kesan yang bermakna ke atas permukaan dengan menggunakan bahantara pigmen  warna.

Tips melukis arnab senang dicontohi.


Kedua-dua gambar yang ditunjuk membezakan arnab-arnab dengan warna arnab yang berlainan.

No comments:

Post a Comment