Sunday, 4 December 2011

MENCORAK DAN MEMBUAT REKAAN 9 (TIUPAN DAN CAPAN)

Bidang                 : Mencorak dan Membuat Rekaan
Tajuk                    : Bunga Sakura
Aktiviti                 : Tiupan dan Capan
Alat Dan Bahan    : Kertas Lukisan, Berus,Warna Pastel, Straw.
Penerangan           : Murid diminta menghasilkan gubahan corak bunga sakura  dengan menggunakan 
                                 teknik tiupan.


Apakah itu Teknik TIUPAN ?
            Teknik Tiupan ini menggunakan mulut atau selain mulut yang boleh mengeluarkan angin. Teknik tiupan ini senang dan menarik kerana selain membuat corak (tidak terancang)kitan juga boleh menjadikan teknik ini sebagai menggambar.
            Bagi menghasilkan teknik ini straw atau bahan yang lain digunakan asalnya dapat digunakan untuk meniup atai tiupan mulut. Kemudian warna yang diletakkan diatas sekeping kertas ditiup kea rah yang dikehendaki.

 
Apakah itu CAPAN?
Teknik Capan boleh digolongankan di bawah cetakan. Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air/ poster) dan dicatkan di atas satu permukaan. Capan boleh dihasilkan dengan pelbagai rupabentuk dengan menggunakan jenis bahan. Contoh : Capan bahan buangan, capan alam semulajadi (cengkerang)  
Capan adalah teknik mengecap dengan bahan alam atau semula jadi yang mempunyai jalinan tertentu. Capan adalah berbeza dengan cetakan kerana tidak perlu disediakan blok cetakan. Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan di permukaan bahan semula jadi atau bahan alam tersebut. Contohnya, Cap jari menghasilkan kesan yang sama dengan jalinan yang ada pada jari.

Empat langkah ini sesuai dilakukan oleh murid tahap dua.


Dua jenis bentuk bunga sakura yang menarik.

No comments:

Post a Comment