Tajuk : Ikan
Aktiviti : Kolaj
Alat Dan Bahan : Kertas Lukisan,Kertas Warna, Benang Bulu Kambing, Manik, Kertas Majalah,
Gunting dan Gam
Penerangan : Murid diminta menghasilkangambar dengan menggunakan teknik kolaj.
Apakah itu KOLAJ?
Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam , tampal sesuatu bahan ke atas suatu permukaan. Ia merupakan satu hasil kerja seni mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau cetakan majalah disusun dan ditindih. Teknik mencantum potongan gambar menjadi satu komposisi. Berbagai jenis bahan dilekat di satu pemukaan khas disebut kolaj. Ia adalah satu komposisi daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media.
Kolaj bermakna menghasilkan satu komposisi artistic daripada imej atau gambar yang berlainan, latar belakang yang berlainan dan daripada berbagai warna dan corak. Ia adalah satu teknik menggambar di mana foto,keratin akhbar atau mana-mana bahan berbentuk 2D dolekat dan disatukan di atas permukaan.
Teknik di mana imej bergambar atau corak berjalinan dihasilkan secara “superimpose” di antara satu sama lain. Kolaj ialah satu hasil kepingan seni dibuat dengan menggam berbagai elemen. Satu susunan objek dan bahan diatas dilekat di atas suatu permukaan supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu.
Teknik Kolaj melibatkan gunting dan tampal. |
Hasil kerja yang menggunakan gabungan bahan-bahan lain cantik. |
No comments:
Post a Comment