Tajuk : Batik
Aktiviti :Resis
Alat Dan Bahan : Kertas Lukisan, Lilin atau Karyon putih, Cat air
Penerangan : Murid diminta menghasilkan corak batik yang simili dengan penghasilan batik
tradisional yang menggunakan teknik resis.
Apakah itu RESIS?
Resis merupakan satu aktiviti mengambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Lilin digunakan untuk menutupkan kawasan permukaan kertas atau kain. Dalam buku Glosari Seni Lukis, resis didefinasi sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan.
Resis dengan cara menolak warna basah atau cat basah yang disapu ke atas permukaan kertas yang disapu lilin. Lilin digunakan oleh pelukis sebagai penghadang untuk melindungi warna asal atau warna asli sesuatu permukaan daripada terkena warna baru.
Teknik menggunakan lilin, krayon lilin bertindak sebagai alat untuk membuat garisan atau lakaran di atas kertas dan diwarnakan permukaannya. Teknik resis menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal. Resisi boleh juga dijalankan dengan cara menggunakan tindihan-tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap.
Corak batik menggunakan tekbik resis. |
Corak batik bunga yang menarik. |
sangat menarik, ijin copy ya. thanks
ReplyDelete