Wednesday, 23 November 2011

Mural Hasil Kerja Tahun 6

Apa itu mural? Mural adalah merupakan lukisan yang selalunya dilukis di media berpemukaan luas seperti dinding, tembok dan terkini permukaan jalanraya, Ia satu bentuk seni yang semakin digemari. Berbeza dengan Grativiti yang merupakan satu lukisan bebas..... lukisan mural lebih memberi makna. 
Selepas UPSR, murid tahun 6 di sekolah telah mengambil bahagian dalam aktiviti melukis mural pada dinding sudut pameran hasil kerja murid. 20 orang murid dipilih oleh guru seni mengikut kelas masing-masing dan dibahagi kepada 4 kumpulan untuk melukis tumbuh-tumbuhan yang berbeza mengikut lukisan yang ingin dilukis. Murid-murid bekerjasama melukis mural dengan gembira. Seni merupakan mata pelajaran yang disukai oleh mereka. Seni memang boleh mengubahkan dunia kita dengan penuh keceriaan. Hasil mural yang dilukis oleh murid tahun 6 menunjukkan usaha guru yang mendidik mereka selama 6 tahun di sekolah. Seni memang boleh mengubalkan seseorang dengan penuh keistimewaan. Ini sama dengan Tajuk  Blog saya "Become A Better You With Art".












   Berikut merupakan hasil mural pada dinding sekolah yang dilukis oleh pelajar sekolah menengah dan guru-guru sekolah dua tahun yang lalu.  Muaral yang dilukis dalam bentuk cogan kata dan gambar. Pelajar sekolah menengah juga merupakan bekas murid sekolah rendah. Mereka bekerjasasama dengan guru-guru sekolah rendah menghasilkan  mural yang cantik dan menarik. Ini sebagai tanda sumbangan mereka kepada pihak sekolah rendah walaupun sudah meninggal sekolah rendah. Seni yang mereka belajar di sekolah rendah memperkukuhkan minat melukis mereka sepanjang umur. 







 

Sunday, 16 October 2011

Mural

Oh,baldi pun boleh digunakan untuk melukis bentuk bulatan.



Murid berbakat melukis terus melukis gambar rama-rama pada dinding.


Gambar rama-rama yang berlainan.
                                                                                                                                    
Rupanya pelukis perlu merujuk pada buku gambar serangga.

Selepas siap melukis, bolehlah bersedia mewarnakan gambar.

Wah, cantiknya pepatung dan bunga lotus.


Banyak cendawan yang berwarna- warni.


Murid-murid bekerjasama mewarnakan gambar cendawan.


Murid-murid melukis mural dengan gembira.


Bunga lalang yang cantik sedang diwarnakan oleh murid-murid.



Bunga lotus yang hidup di dalam kolam.


Amboi, cantiknya bunga matahari.

Nampakkah,guna jari pun boleh mewarna dengan cantik.

Monday, 26 September 2011

Bersama-sama Gosok Gigi !

Oh, begitu cara betul menggosok gigi.



Seronoknya bersama-sama menggosok gigi!





Murid-murid sila tengok betul-betul.

Beratur mengambil air untuk belajar menggosok gigi.

Eh, muka sedang gosok gigi comelkah?


Sebelum mula gosok gigi, sediakan ubat gigi dahulu.


Aduh, penatnya hendak belajar cara betul gosok gigi.


 
Wah, besarnya berus gigi yang digunakan oleh jururawat.